Friday, January 30, 2009

My mid term break....part 2



Alhamdulillah, lega rasanya bile semua xtivti yg dibuat bjalan lancar, lg2 bila semua yg dilakukan tanpa perancangan awal t'lebih dahulu.. Ni nak sambung bab otw blk dr bukit cerakah, huh penat la... Mane taknyer, tunggu teksi punya lah lama, dah la bandan lenguh2 mgayuh basikal naik bukit yang agk tinggi, tp tu semua silap kami sendiri cz tak amik nophone pakcik teksi yg atr kitorg, punya la byk krdt abis tuk call teksi sana sini, semua bg jwpn yg agk mghampakn..lebih kurang satu jam baru la teksi dtg, syukur la sangat2.. Oleh sebab we alldah lapar, kami pun terus g gerai kat sek 2 tuk mkn tghari.. Lepas tu blk nk siap2 cz mak dtg kul 3.30 nk g mid valley Abe Wan n Amir pun ikt skali..

Mak tiba agk lewat, kul 4 baru muncul kat dpn kolej meranti, ktorg pun baru terhegeh2 nk turun sbb leh lyn baring dulu, penat katekan huhuhu... Wow.. ramai jgk org ke mid valley ari tu, cz raya cina nk dekat ramai la b'shoping, tmasuk la kami, sampai nk solat pun sesak, giler ada sale 70% sape taknk dtg, cek tak lepas kan peluang beli baju, seluar n jaket.. Abe Wan mula2 taknk action, last2 tgk harga murah dia pun rembat skali... Amir tu nasib baik takde saiz klu tak dia pun nk jgk, byk jgk duit abis kat sane ish boros2 tu pun nasib baik mak belanje beli 2 helai t-shirt.. Amir n Abe Wan sempat b'gambr, biasalah raja gmbr Amir mane leh lepas peluang.. Cek jgk yg takde.. Oleh kerana kami lewat ptg br dtg, so jln pun tak leh lama... Otw balik tu ktorg plan g sungai besi mkn kat gerai Sup Meletup huhuhu ok la mkn kat sane, Abe Wan n Amir malu2 kuncing hahahaha... ktorg smpt la merasa nasi dagang yg mak baru bljr buat ( siap bungkus tuk ktorg), sedap....! Pastu ktorg pun blk meranti dan mak mcm biasa la blk umh kat Klang... Giler penat ari tu, mcm nak patah kaki rasanya..Abe Wan la paling penat, biasa la klu dah b'umur . Satu hari yg agk padat, tp ni la weekand kitorg.. Nanti cek citerkn pulak xtivti berikutnya mane kami g bkt tinggi g tgk wyg citer Inkheart.. best ke tak tunggu...

-Semoga kita sama2 menjadi sahabat yang dikasihi Allah s.w.t.-
Amin

My mid term break....part 1




Salam buat semua!
Eh.. cuti mid term wat ape? mesti mcm2 xtivti nk d watkan. Mcm biasa la nk coretkan sedikit pengalaman & xtivti cuti mid term baru2 ni.. Kira
mcm diari gak la.. hehehe (sila rujuk d bwh)

Kisah bermula, pada jumaat 23 hrbln januari... Plan nk lepak umh amir d meranti teman dia cuti ni, cz dia x balik kg, so g packing smua bj tgk mane yg nk diangkut dan mane yg nk d simpan kat locker.. lepas siap2
& solat jumaat, rasa malas lak nk gerak dgn bas yg agk padat, cz bdk2 dah mula pulang ke kg, jd rehat la jap, pastu kwn lak tiba2 call ckp nk blk kg dgn ketanya, so ape lg tanpa blengah2, cek pun mbuat hajat tuk menupangnya ke Sek 2, respond dia ok.. maka hilang satu bala nk mgusung beg yg byk 2 (TQ lina).. Setiba aje kat sek 2, call la Abe Wan tp tak dpt,huh agk tension la dgn mamat sorg ni, mmanjang aje mati phone dia.. Amir lak ada class, so jwb nye kn la lepak kat kdi makan bdekatan, sampai la si amir blk, nasib baik class dia abis awal, pendek citer dah nk magrib baru abe wan call mtk maaf.. Di sebabkan cuti t'lalu lama, dan wan pun lmbt lg nk pulang ke kg, kami pun pk la nk kemana weekand tu. Masa ni la muncul satu makhluk tuhan, kwn amir si zairul ajk g bkt cerakah.. Setelah itu satu mesyuarat khas diadakan, dan kami rasa mcm good plan cz murah dan dekat, jd sebulat suara bsetuju tuk ke sana..

Hari yg d nanti telah tiba, oleh sebab mlm sblm tu kami tdo lewat, kami pun bangkit tdo agk lambat sedikit dr plan asal.. Tp semua tu dpt diatasi dengan profesional dan kami tiba di lokasi bkt cerakah tepat pada masanya, setiba sje kami mbuat keputusan tuk serapan dulu hehehehe (mkn2).
.. Pas kyang br lah kami gerak ke kauter dia tuk mbayar tiket yg bharga Rm 3 shje..

Di dalam tu kami mpunyai 2 pilihan sama ada tuk meronda2 sekeliling dgn basikal @ ketapi.. dan kami memilih tuk sewa basikal dgn hrga rm 3 tuk jam p'tama dan rm 1 jm brkutnya, ats alasan lebih feel.. mula2 ok la waktu nk g tmn buahan tropikal dan kaktus cz kbykn turun bkt, tp bila da nk patah blk tuk g umh 4 musim, patah kaki beb cz naik bkt, ada yg smpi sorong basikal... Rasa mcm basikal lak yg sewa kt hehehehe... Tp xpe bila lg nk kuruskn badan huhuhu, Abe Wan n Amir poyo aje mula2, last2 cek yg depan skali (padan muka korg).. Mcm2 telatah ms kat sana, byk sgt x larat nk citer, tu blm bab rmh 4 musim amir n Abe Wan xnk kuar tau.. mcm bdk2.. Si Amir tu biasa la giler bgambar, ingat dia artis la tu... Apa2 pun kami enjoy sepanjang lawatan kami ke bkt cerakah wlupun ada yg kata bkt cerakah mcm2 tp kami rasa ok what! So pada kwn2 yg rasa tak tau nk wat apa cuti lepas ni, leh la g bkt cerakah cz kat sana cantik, nyaman dan mcm2 xtivti riadah leh korg wat...

Eh, kejap ni bab lain tp pd ari yg sama, otw blk dr bkt cerakah mak pulak call ajk g mid valley jln2, tp tu semua akn d citerkn pd post yg brikutnya, hehehe bye.















-Hidup umpama satu perjalanan jauh yang harus d isi dgn tawa dan taqwa-

Wednesday, January 21, 2009

Hati yang hitam legam..

Kerana hati nya yang telah hitam legam
Berkata suatu hari si Hati kepada si Otak
Mari lah kawan ku kita binasakan si Kaki
Kerana dia hina sekali dan tidak berguna
Dan duduknya bawah sekali diantara kita
Si Otak berfikir dan mengatakan tak boleh
Kerana Kaki yang membawa mereka berjalan
Si Hati berkata tak apa, dunia dah serba canggih
Tak ada Kaki pun tak apa, kerusi roda memang dah ada
Si Otak kurang cergas hari itu kerana terlupa akan sarapan
OK lah. Up to you lah Hati, terus mengarah si Kaki untuk berjalan
Dengan tujuan hendak menghancurkan si Kaki kerana dendam si Hati
Si Hati terus menerus meracuni si Otak untuk mengarah Si Kaki ke tebing
Dengan harapan supaya si Kaki akan terjatuh dan kaki nya akan patah terkehel
Si Kaki terus berjalan mengikut kehendak semua nya dan tidak berprasangka apa-apa
Di lampui batas tebing, si Kaki rebah dan seluruh badan terjatuh ke dalam gaung
Kepala terhantuk ke batu dan si Otak mendapat cedera yang membawa maut
Takala di saat-saat penghabisan, si Otak menyesal terlajak perbuatan
Hati mengatakan kepuasan kerana dapat menghancurkan si Kaki
Di saat-saat terakhir, si Hati tetap dengan pendirian legam nya
Si Kaki meredhai terhadap segala yang berlaku pada nya
Di saat terakhir dia berdoa & bersyukur kepada Tuhan
Dengan kehendakNya, si Kaki di hidupkan kembali
Pada suatu badan dan jasad yang lain pula
Untuk berbakti kepada Tuhan Yang Esa
Membawa kemana saja badan itu
Dengan mengikut kehendakNya
Dan pilihanNya jasad murni
Si Otak, Hati dan Kaki
Pada satu badan
Pada satu kata
UntukNya jua
Satu Hati

Note: Bersihkanlah hati anda, kerana hatilah musuh manusia yang paling bahaya.

Tuesday, January 20, 2009

Surat dari Hati


Assalamualaikum..
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta yang hakiki mampu membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka hingga satu saat hati dapat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dan keikhlasan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah meneruskan jalanNya, yang ketika ini seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk akal-ku dan akal sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, bukan lah ibadah yang seikhlas hati niat kerana NYA, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan atas segala nikmat duniawi yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelumang riang ria terus dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika masa berlalu begitu sahaja tanpa amal, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingmu, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya. Jalankan amanah dengan sebaiknya, ambil setiap peluang dan tanggungjawab untuk kebaikan perjalanan dakwah kita, setiap dari kita punya posisi masing-masing, maka gerakkanlah dan bergabunglah demi menegakkan agama yang SATU ini. Apa guna jawatan dan pangkat sekiranya langsung tidak menyumbang dalam perjalanan dakwah kita ini. Sama–sama kita muhasabah diri demi kejayaan umat islam.
“Ya Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu”
Wallahualam bisshawab
Notes : Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau iman yg berada di tempat yg sama, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalan pun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku… Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati kita “lelah”.

Ajar tinta Pena ini!



Ajarkan aku Tinta Pena ini, Agar mampu ku meraih sedikit kesempurnaan dari secebis kekurangan, Yang mampu menajamkan benak ku, Biar menangkis segala godaan, Ajarkan aku Tinta Pena ini, Agar mampu ku tunjuk pada dunia, Kita mampu lagi menari dan terus ketawa, Walau dunia tak seindah syurga.


Ajarkan aku Tinta Pena ini, Bukan semata untuk Kebanggaan, Tinta Pena ini agar benihnya subur, Lantas mampu memberi sedikit sumbangan untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan, Ingatkan diriku jikaku kealpaan, Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan, Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidin Islam, Yang bukan bercita-cita menjadi pejuang terhormat Tetapi Seperti pejuang Islam Yang bercita-cita menjadi Pemikir Ummat!!