Wednesday, March 25, 2009

hate this things...

Salam, first cek nak cerita yang baik-baik dulu, Ok.. ni pasal cek ada sertai satu seminar keusahawanan yang dibahagikan pada 4 bahagian, bengkel motivasi, bengkel ICT, bengkel perladangan dan peruncitan yang bermula dari 14 Mac hingga 29 Mac. Program ini dianjurkan oleh PKNS (permata) dengan usahasama kolej Meranti. Seronok sebab dapat banyak ilmu seperti membina keyakinan, berfikir secara kritis hingga la ke teknik-teknik untuk berjaya dalam berniaga, tapi paling menarik bila cek dapat belajar satu software untuk buat website, nama dia dreamweaver. Kira sekarang cek dah leh buat website sendiri huhuhuhu (",) Tapi cek ada satu masalah, pada 29 Mac ni fact cek wat Modul, jadi terpaksalah buat pilihan nak pergi yang mana satu. Satu lagi cek punya la penat buat semua assignment, simpan pula kat document, pastu tiba2 pulak laptop boleh jam, try nak restart sekali tak boleh, tau2 dah masuk virus huhuhuhu... :(
Tapi tu semua tak jadi hal, semua tu adalah cabaran cek tak akan mengalah dengan semua tu... hope kawan-kawan dapat bagi semangat k...
Untuk Abang Wan & Zulaidi thanx sebab tumpangkan rumah di kolej meranti & temankan cek sepanjang menghadiri seminar usahawan tu.. Sori cz ada time tu termoody pulak.... huhuhu

Wednesday, March 11, 2009

Senyum Sokmo...!


Alhamdulillah, selamat jugak ceq pergi & pulang dari terengganu, tak sabar rasa nyer nak citer kat korang tentang pengalaman pertama ceq ke pantai timur..
actually ceq sad & terkilan sebab tak puas la jalan2 kat sane..
kalau dah lawatan akedemik biasa la macam2 pantang larang dari prof..
semuanyer tak boleh, pulak tu singkat sangat lawatan ni...
tapi semuanye ceq tak endahkan...
Okey dipendek kan citer kami sampai ganu ari sabtu kul 4.30 am, setelah 12 jam bertarung di dalam bas UiTM.
after rest dua tiga jam, kul 8 am kami terus ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Redang,
yang menarik masa tu la pengalaman pertama ceq bawa bot besar ke sana, huhuhu nyaris2 ke Port Klang... (jangan marah kawan2)
Sampai aje, lautan dalam pulau redang tu segera ceq redah huhuhu..
biarlah prof nak kata apa, asal puas...
ye la geram sangat tengok air laut biru nak mampus..
pasir dia jangan cakap putih nak giler macam gula2 pulak..
ye la, bila lagi nak rasa, belum tentu pasni boleh pergi lagi...
kat redang tu kami sempat la melihat keindahan pantai dan laut, siap pergi taman laut taw...
seronok la...
Malam tu kami balik semula ke kuala terengganu, tidur kat komplek rakan muda besut...
but before sleep, we all ada buat BBQ, sedap la sebab lauk2 dia fresh lagi..
lepas kenyang ceq ikut prof & driver bus pergi lepak2 tengok kuala ganu di waktu malam, budak2 lain dah membongkang atas katil, pergh....! cantik siot... rupanyer ada lagi tempat yang menarik untuk di lawati dalam Malaysia...
belum lagi bab Taman Tamadun Islam, fuh...! lawa beb...
kat situ di tempatkan taman monument TTI yang memberi ceq pengalaman yang unik.
kita boleh melihat hampir 21 buah monument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sehingga sekarang..
Masa pun tak banyak so kami pun berangkat ke destinasi terakhir,
tak complate kalau datang terengganu tapi tak pergi Shoping..
APO lagi... we all singgah la kat pasar besar payang... suasana memang riuh, harga barang pulak memang runtuh... tapi sayang seribu kali sayang, duit tak banyak la... banyak cuci mata aje...
kira-kira dalam pukul 8 pm after dinner kat mane entah kami pun balik..
sampai pck around 5 am, penat memang penat tapi berbaloi..
So pasni kawan2 kalau ada rezeki kita boleh pergi lagi sekali nak tak...?
akhir kata... Salam cuti-cuti Malaysia... bye...!

Wednesday, March 4, 2009

Pulau Redang waiting 4 me...



Salam...
korang pernah tak pergi ke Pantai Timur...
kalau pernah,
please, tell me about it...
cause this weekend ceq nak ke sana,
bersama budak diploma sem 3 & degree sem 2 writing fakulti TEKA..
tak sabar rasa nyer,
thanx to budak2 diploma sem 3,
b'cause of them, we all bdk degree boleh tumpang sekaki..
kalau nak harapkan budak class ceq yang tak sampai sepuluh orang memang tak merasa la...
but tu semua untuk memenuhi keperluan subjek photography,
40 markah beb, banyak tu...
and main place yang kita orang akan lawat ialah Pulau Redang di Terangganu,
Pulau Redang ni, kira famous la kat Terengganu..
dan sebelum kami ke sana, maybe singgah ke Taman Tamadun Islam..
before this ceq cume pernah pergi Pulau Langkawi dan Pangkor...
tu pun orang belanja.. hehehehehe..
So weekend ni tak boleh la ceq nak online,
laptop and braodband pun ceq bagi kat Abang Wan pakai..
Ada sesiapa yang nak pesan ceq beli apa2 tak?
tapi kalau setakat kirim dengan air liur aje sori yea..
Neway korang doakan ceq dan yang lain2 selamat pergi dan pulang k...
Nanti after ceq balik,
ceq ceritakan tentang pengalaman ceq kat korang..
tunggu yea..

the hero journey will start..

Tuesday, March 3, 2009

Movie.. coming soon..!



Salam,
Bosan la asik dok citer pasal life ceq n my friend,
So hari nie, ceq nak habak kat korang semua,
pasal filem wajib tonton yang korang tak boleh tinggal...
Bukan apa ceq sebagai studen di salah sebuah fakulti perfileman,
kena lah update film apa yang best tuk tahun ni,
taklah orang kata ceq macam katak di bawah tempurung...

Street Fighter- The Legend of Chun Li (27 Mac 09)
Dragonball- Evolution (8 April 09)
Night at the Meseum 2 (22 Mei 09)
Terminator Salvation 4 (22 Mei 09)
Transformes- Revenge of the fallen (26 Jun 09)

So after this pada semua peminat film, jangan lepaskan peluang untuk menonton...
Nanti bila dah tonton kita bolehlah discus sama2.
Have fun....



Kisah Kami Bertiga... episod 1

'Nukilan ini bukan berniat jahat ataupun bertujuan menjatuhkan sesiapa, tetapi sebagai pengajaran dan hiburan semata-mata."
....nukilan ini juga sekadar menzahirkan rasa beban agar menjadi ringan, selain untuk suka2 setelah semua prob ceq dan dia sudah nampak penyelesaiannya... hehehe....

"Biarkah kisah kami bertiga....
Jangan ada yang cuba,
Menangguk di air yang keruh,
Walau kelatnya sudah terasa.
Bila Si gemuk, si buncit dan si reput,
Mula bermasam muka,
Bila tilam yang dulu bercantum,
kini menjadi lekang,
Dek kerana rasa hati,
Menguasai segalanya,
Dan hati yang legam itu menjadi penyebabnya!

Demikian,
Pergilah si gemuk menjauhkan diri,
meninggalkan si buncit dan si reput dalam berduka,
Jadilah kisah yang dulu tinggal dalam mimpi..."

nantikan sambungan nyer...!

Mengapa di rindu..

Salam,
hehehe ceq ni susah tul nak cari time untuk post blog,
alasan busy tu macam dah basi,
actually bukan apa,
just malas nak mengadap laptop lame2...
hehehe....
Sebenarnya ceq rindu giler kat kawan sorang nie,
dah lama tak sembang dengan dia,
cause dia marah kat ceq,
(dlm bab yg lepas psl lame tak update)
And hampir sebulan kami not talking each other,
baru2 nie dia dah mcm maafkan ceq,
good news 4 me,
so happy...
hope after this kwn2 yg lain
terimalah dia semula...
ingat,
Lazatnya memberi maaf,
lebih baik dari lazatnya membalas dendam...

So utk tu ceq nk wat satu kronologi review mcm mane life ceq tanpa kwn baik ceq nie...
nantikan hehehehe....

Friday, February 20, 2009

Getting ready for a busy weekend..

Salam,
tension jugak this weekend..!
Mana tak nyer ada 2 test, 2 assigment and 1 presentation..
semuanya datangkan 5 dalam 1...
takade istilah rest la for this weekend yek..
cause semua nak diantar dalam waktu terdekat,
mane nak kejar mandrin, CTU, BEL media electronic writing, & multimedia elektronic
huhuh penat la beb,
tapi apa-apapun as a student kena anggap tu cabaran.
conclusionnyer rajin2 la,
dan ceq selalu berpegang pada sepotong ayat yang berbunyi,
Siapa berusaha dia yang mendapat ganjarannya..

But to all of people yang duduk kat induk ceq nak habaq
yang fakultii ceq dah start jual tiket promosi filem,
harga dia rm10 untuk dua filem ye..
filem yang ditayangkan talentime dan skrip7707.
apa lagi mari kita meramaikan majlis ok
jumpe di sana...

Thursday, February 19, 2009

kecewa...!

Salam,
mesti korang semua pernah kecewa..
jangan tipulah kita semua pernah merasainya..
termasuk ceq sendiri...
So bagaimana nak hilangkan rasa kecewa?
Ok ni ada beberapa tip how to prevent dispointment
fistly, terima kenyataan cause setiap benda tu ada hikmahnya,
macam kita belajar tentang qada dan qadar, ingat kta hanya mampu berusaha,
tuhan yang menentukan..
second, think positive...
actually ianya banyak membantu agar kita terus ceria..
Next, as a human we need somebody untuk luahkan sesuatu..
jangan pendam cause akan memakan diri nanti,
so carilah orang yang rapat dengan anda dan mengadu serta luahkan..
sedikit sebanyak perasaan kecewa akan reda dan kembali bersemangat..
Last sekali ni kawan ceq ada pesan,
"kalau ada masalah dengan kawan dont take seriuos sangat,
cause kita datang sini nak study"
maknanya attention to your own life..
after this sesiapa ada masalah boleh la cuba...

But if tak berkesan what you need to do,
ambil air sembahyang cause akan meredakan hati yang gundah,
jika tidak luangkan masa untuk menghayati Al-Quran cause mampu menerangkan hati,
but tak boleh juga berdoalah pada tuhan supaya diberikan hati yang baru...

Sumber dipetik dari Bernama...

Lame tak update..!

Salam...
rindu kat blog ni,
lama tak update,
bukan apa,
felling upset, cause I losing my best friend...
plus to many work yang kena submit...
but after buat musahabah diri,
ceq mula mengumpulkan semua semangat.
Nasib ceq baik cause ade kawan yang sudi meringankan beban,
macam-macam nasihat dia bagi,
dan ceq beruntung ada kawan macam dia,
Ceq dah anggap dia macam abang,
ringkasnya bila fikir semula,
Ceq tak perlu moody dengan semua benda tu,
satu nasihat ceq nak kongsi,
"Kawan merupankan satu nikmat dari Ilahi,
yang harus kekal dimiliki bersama.."
dan "Apabila semua kelihatan semakin hilang..
ingatlah masa depan masih ada.."


Saturday, February 7, 2009

Ice skating



My first experience main Ice skating kat sunway ms cuti raya cina ari tu. Alhamdulillah dpt jgk merase, klu nk hrp g oversea xde la, tp x leh nk taking picture cz role die mmg dah mcm tu, so ape yg we all wat amik curi2 huhuhu... Amir la org yg plg byk kn denda klu kena tgkap hahaha, cz dia yg paling giler camera... But we all still hv fun n also this my first n last experience cz mahal sgt, smpai mkn pun kn save budget hahaha cian Dd n Amir, lain la Sahak n Rairol dorg tokey balak huhuhu... Enjoy!
.

Friday, January 30, 2009

My mid term break....part 2



Alhamdulillah, lega rasanya bile semua xtivti yg dibuat bjalan lancar, lg2 bila semua yg dilakukan tanpa perancangan awal t'lebih dahulu.. Ni nak sambung bab otw blk dr bukit cerakah, huh penat la... Mane taknyer, tunggu teksi punya lah lama, dah la bandan lenguh2 mgayuh basikal naik bukit yang agk tinggi, tp tu semua silap kami sendiri cz tak amik nophone pakcik teksi yg atr kitorg, punya la byk krdt abis tuk call teksi sana sini, semua bg jwpn yg agk mghampakn..lebih kurang satu jam baru la teksi dtg, syukur la sangat2.. Oleh sebab we alldah lapar, kami pun terus g gerai kat sek 2 tuk mkn tghari.. Lepas tu blk nk siap2 cz mak dtg kul 3.30 nk g mid valley Abe Wan n Amir pun ikt skali..

Mak tiba agk lewat, kul 4 baru muncul kat dpn kolej meranti, ktorg pun baru terhegeh2 nk turun sbb leh lyn baring dulu, penat katekan huhuhu... Wow.. ramai jgk org ke mid valley ari tu, cz raya cina nk dekat ramai la b'shoping, tmasuk la kami, sampai nk solat pun sesak, giler ada sale 70% sape taknk dtg, cek tak lepas kan peluang beli baju, seluar n jaket.. Abe Wan mula2 taknk action, last2 tgk harga murah dia pun rembat skali... Amir tu nasib baik takde saiz klu tak dia pun nk jgk, byk jgk duit abis kat sane ish boros2 tu pun nasib baik mak belanje beli 2 helai t-shirt.. Amir n Abe Wan sempat b'gambr, biasalah raja gmbr Amir mane leh lepas peluang.. Cek jgk yg takde.. Oleh kerana kami lewat ptg br dtg, so jln pun tak leh lama... Otw balik tu ktorg plan g sungai besi mkn kat gerai Sup Meletup huhuhu ok la mkn kat sane, Abe Wan n Amir malu2 kuncing hahahaha... ktorg smpt la merasa nasi dagang yg mak baru bljr buat ( siap bungkus tuk ktorg), sedap....! Pastu ktorg pun blk meranti dan mak mcm biasa la blk umh kat Klang... Giler penat ari tu, mcm nak patah kaki rasanya..Abe Wan la paling penat, biasa la klu dah b'umur . Satu hari yg agk padat, tp ni la weekand kitorg.. Nanti cek citerkn pulak xtivti berikutnya mane kami g bkt tinggi g tgk wyg citer Inkheart.. best ke tak tunggu...

-Semoga kita sama2 menjadi sahabat yang dikasihi Allah s.w.t.-
Amin

My mid term break....part 1




Salam buat semua!
Eh.. cuti mid term wat ape? mesti mcm2 xtivti nk d watkan. Mcm biasa la nk coretkan sedikit pengalaman & xtivti cuti mid term baru2 ni.. Kira
mcm diari gak la.. hehehe (sila rujuk d bwh)

Kisah bermula, pada jumaat 23 hrbln januari... Plan nk lepak umh amir d meranti teman dia cuti ni, cz dia x balik kg, so g packing smua bj tgk mane yg nk diangkut dan mane yg nk d simpan kat locker.. lepas siap2
& solat jumaat, rasa malas lak nk gerak dgn bas yg agk padat, cz bdk2 dah mula pulang ke kg, jd rehat la jap, pastu kwn lak tiba2 call ckp nk blk kg dgn ketanya, so ape lg tanpa blengah2, cek pun mbuat hajat tuk menupangnya ke Sek 2, respond dia ok.. maka hilang satu bala nk mgusung beg yg byk 2 (TQ lina).. Setiba aje kat sek 2, call la Abe Wan tp tak dpt,huh agk tension la dgn mamat sorg ni, mmanjang aje mati phone dia.. Amir lak ada class, so jwb nye kn la lepak kat kdi makan bdekatan, sampai la si amir blk, nasib baik class dia abis awal, pendek citer dah nk magrib baru abe wan call mtk maaf.. Di sebabkan cuti t'lalu lama, dan wan pun lmbt lg nk pulang ke kg, kami pun pk la nk kemana weekand tu. Masa ni la muncul satu makhluk tuhan, kwn amir si zairul ajk g bkt cerakah.. Setelah itu satu mesyuarat khas diadakan, dan kami rasa mcm good plan cz murah dan dekat, jd sebulat suara bsetuju tuk ke sana..

Hari yg d nanti telah tiba, oleh sebab mlm sblm tu kami tdo lewat, kami pun bangkit tdo agk lambat sedikit dr plan asal.. Tp semua tu dpt diatasi dengan profesional dan kami tiba di lokasi bkt cerakah tepat pada masanya, setiba sje kami mbuat keputusan tuk serapan dulu hehehehe (mkn2).
.. Pas kyang br lah kami gerak ke kauter dia tuk mbayar tiket yg bharga Rm 3 shje..

Di dalam tu kami mpunyai 2 pilihan sama ada tuk meronda2 sekeliling dgn basikal @ ketapi.. dan kami memilih tuk sewa basikal dgn hrga rm 3 tuk jam p'tama dan rm 1 jm brkutnya, ats alasan lebih feel.. mula2 ok la waktu nk g tmn buahan tropikal dan kaktus cz kbykn turun bkt, tp bila da nk patah blk tuk g umh 4 musim, patah kaki beb cz naik bkt, ada yg smpi sorong basikal... Rasa mcm basikal lak yg sewa kt hehehehe... Tp xpe bila lg nk kuruskn badan huhuhu, Abe Wan n Amir poyo aje mula2, last2 cek yg depan skali (padan muka korg).. Mcm2 telatah ms kat sana, byk sgt x larat nk citer, tu blm bab rmh 4 musim amir n Abe Wan xnk kuar tau.. mcm bdk2.. Si Amir tu biasa la giler bgambar, ingat dia artis la tu... Apa2 pun kami enjoy sepanjang lawatan kami ke bkt cerakah wlupun ada yg kata bkt cerakah mcm2 tp kami rasa ok what! So pada kwn2 yg rasa tak tau nk wat apa cuti lepas ni, leh la g bkt cerakah cz kat sana cantik, nyaman dan mcm2 xtivti riadah leh korg wat...

Eh, kejap ni bab lain tp pd ari yg sama, otw blk dr bkt cerakah mak pulak call ajk g mid valley jln2, tp tu semua akn d citerkn pd post yg brikutnya, hehehe bye.















-Hidup umpama satu perjalanan jauh yang harus d isi dgn tawa dan taqwa-

Wednesday, January 21, 2009

Hati yang hitam legam..

Kerana hati nya yang telah hitam legam
Berkata suatu hari si Hati kepada si Otak
Mari lah kawan ku kita binasakan si Kaki
Kerana dia hina sekali dan tidak berguna
Dan duduknya bawah sekali diantara kita
Si Otak berfikir dan mengatakan tak boleh
Kerana Kaki yang membawa mereka berjalan
Si Hati berkata tak apa, dunia dah serba canggih
Tak ada Kaki pun tak apa, kerusi roda memang dah ada
Si Otak kurang cergas hari itu kerana terlupa akan sarapan
OK lah. Up to you lah Hati, terus mengarah si Kaki untuk berjalan
Dengan tujuan hendak menghancurkan si Kaki kerana dendam si Hati
Si Hati terus menerus meracuni si Otak untuk mengarah Si Kaki ke tebing
Dengan harapan supaya si Kaki akan terjatuh dan kaki nya akan patah terkehel
Si Kaki terus berjalan mengikut kehendak semua nya dan tidak berprasangka apa-apa
Di lampui batas tebing, si Kaki rebah dan seluruh badan terjatuh ke dalam gaung
Kepala terhantuk ke batu dan si Otak mendapat cedera yang membawa maut
Takala di saat-saat penghabisan, si Otak menyesal terlajak perbuatan
Hati mengatakan kepuasan kerana dapat menghancurkan si Kaki
Di saat-saat terakhir, si Hati tetap dengan pendirian legam nya
Si Kaki meredhai terhadap segala yang berlaku pada nya
Di saat terakhir dia berdoa & bersyukur kepada Tuhan
Dengan kehendakNya, si Kaki di hidupkan kembali
Pada suatu badan dan jasad yang lain pula
Untuk berbakti kepada Tuhan Yang Esa
Membawa kemana saja badan itu
Dengan mengikut kehendakNya
Dan pilihanNya jasad murni
Si Otak, Hati dan Kaki
Pada satu badan
Pada satu kata
UntukNya jua
Satu Hati

Note: Bersihkanlah hati anda, kerana hatilah musuh manusia yang paling bahaya.

Tuesday, January 20, 2009

Surat dari Hati


Assalamualaikum..
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta yang hakiki mampu membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka hingga satu saat hati dapat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dan keikhlasan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah meneruskan jalanNya, yang ketika ini seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk akal-ku dan akal sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, bukan lah ibadah yang seikhlas hati niat kerana NYA, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan atas segala nikmat duniawi yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelumang riang ria terus dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika masa berlalu begitu sahaja tanpa amal, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingmu, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya. Jalankan amanah dengan sebaiknya, ambil setiap peluang dan tanggungjawab untuk kebaikan perjalanan dakwah kita, setiap dari kita punya posisi masing-masing, maka gerakkanlah dan bergabunglah demi menegakkan agama yang SATU ini. Apa guna jawatan dan pangkat sekiranya langsung tidak menyumbang dalam perjalanan dakwah kita ini. Sama–sama kita muhasabah diri demi kejayaan umat islam.
“Ya Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu”
Wallahualam bisshawab
Notes : Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau iman yg berada di tempat yg sama, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalan pun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku… Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati kita “lelah”.

Ajar tinta Pena ini!



Ajarkan aku Tinta Pena ini, Agar mampu ku meraih sedikit kesempurnaan dari secebis kekurangan, Yang mampu menajamkan benak ku, Biar menangkis segala godaan, Ajarkan aku Tinta Pena ini, Agar mampu ku tunjuk pada dunia, Kita mampu lagi menari dan terus ketawa, Walau dunia tak seindah syurga.


Ajarkan aku Tinta Pena ini, Bukan semata untuk Kebanggaan, Tinta Pena ini agar benihnya subur, Lantas mampu memberi sedikit sumbangan untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan, Ingatkan diriku jikaku kealpaan, Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan, Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidin Islam, Yang bukan bercita-cita menjadi pejuang terhormat Tetapi Seperti pejuang Islam Yang bercita-cita menjadi Pemikir Ummat!!